GAZIENTEP: Pengalaman bertugas di negara luar apatah lagi terlibat secara langsung dalam misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye pastinya akan melakar sejarah yang cukup bermakna buat pasukan penyelamat negara.

Selain bertugas dalam cuaca sejuk esktrem dan cabaran termasuk gempa susulan, wujud satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Berkongsi pengalaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Mohd Khairul Jamil berkata, episod yang memilukan adalah ketika mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak di ground zero.

Setiap detik berlalu, Mohd Khairul berkata, hatinya pilu apabila melihat wajah waris keluarga mangsa yang berharap adanya berita gembira buat mereka. 

Tidak sehari pun luput dari ingatan Mohd Khairul terhadap suaminya mangsa yang diselamatkannya.

"Pengalaman ini paling sukar saya lupakan apabila kita keluarkan mayat kanak-kanak. Kebiasaannya kita berdepan dengan mayat dewasa tapi bila kita jumpa kanak-kanak memang agak sayu jugalah," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pada Selasa.

Operasi SAR, SMART

Ujarnya, meskipun keadaan di lokasi SAR itu menguji emosi. namun pasukan perlu meneruskan operasi secara profesional.

"Kita terpaksa ketepikan perasaan itu kerana kita sebagai pasukan penyelamat perlu sentiasa profesional dan terus laksanakan tugas," tambahnya. 

GPM

Pasukan SMART buat masa ini, berpangkalan di Stadium Nurdagi di sini, dengan kekuatan seramai 140 orang anggota melibatkan pelbagai agensi.

Bandar Nurdagi yang terletak di daerah Gazientep antara kawasan yang laling teruk terjejas apabila sebahagian besar bangunannya roboh akibat gegaran kuat susulan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pada Isnin minggu lalu. 


Pasukan SMART, Gaziantep
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DAN SYRIA DI SINI



Angka korban juga dijangka terus meningkat berikutan masih ramai lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Kerajaan Turkiye baru-baru ini juga menyatakan akan bertindak merobohkan bangunan di kawasan berkenaan susulan ia tidak mampu bertahan lama selain boleh mendatangkan risiko.

Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar



* Wartawan penyiaran Astro AWANI, Hilmi Malik berada di Gaziantep, Turkiye untuk misi kemanusiaan bersama NGO, Global Peace Mission