INTERNATIONAL
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar

Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Ringkasan AI
- Gencatan senjata di Gaza akan bermula pada Ahad, 19 Januari, pukul 8.30 pagi waktu tempatan, seperti diumumkan Kementerian Luar Qatar.
- Perjanjian ini bertujuan menamatkan lebih 15 bulan serangan maut di Gaza, yang telah mengorbankan hampir 46,900 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 110,600 orang.
- ICC telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas tuduhan jenayah perang di Gaza.
Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza, dengan gencatan senjata dijadualkan bermula pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat perang.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami