DUNIA
Gencatan senjata Kemboja-Thailand dapat liputan meluas media Indochina

Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas pertemuan khas di Putrajaya, Malaysia semalam. - Foto Reuters
PHNOM PENH: Rundingan gencatan senjata yang baru berakhir antara Kemboja dan Thailand di Malaysia, yang berjaya menghentikan sementara konflik sempadan antara kedua-dua negara jiran itu, mendapat liputan meluas media di rantau itu.
Ringkasan AI
- Gencatan senjata Kemboja-Thailand dicapai di Putrajaya: Rundingan damai yang dipengerusikan oleh Malaysia berjaya meredakan ketegangan sempadan kedua-dua negara jiran.
- Media serantau beri liputan meluas terhadap perjanjian damai: Akhbar dari Kemboja, Vietnam dan Myanmar menonjolkan usaha gencatan senjata sebagai kejayaan diplomatik penting.
- Isu sempadan kekal sensitif di Indochina dan ASEAN: Rundingan ini dilihat sebagai langkah awal penting ke arah kestabilan serantau, khususnya di kawasan berisiko seperti Emerald Triangle.
"Midnight ceasefire in place: Manet thanks all parties, looks forward to return to normalcy", lapor The Post, manakala Khmer Times pula meletakkan tajuk utama "Ceasefire Breakthrough".
Akhbar harian berbahasa Khmer, Kampuchea Thmey Daily turut memberi liputan utama terhadap isu itu yang menjadi berita hangat negara selepas konflik ketenteraan bermula pada 24 Julai.
Di Vietnam, Timbalan Perdana Menteri Bui Thanh Son menyambut baik perjanjian gencatan senjata Kemboja-Thailand, dengan menyatakan ia adalah langkah penting dalam meredakan ketegangan, seperti yang dilaporkan oleh portal berita dalam talian VNExpress.
Gencatan senjata itu berlaku pada hari Vietnam memperingati ulang tahun ke-30 penyertaannya dalam ASEAN.
Di Myanmar yang masih dilanda konflik, akhbar milik kerajaan The Global New Light of Myanmar memaparkan tajuk utama di halaman antarabangsa: "Thailand, Cambodia agree on ceasefire, says Malaysian PM".
Sementara itu di Laos, liputan mengenai isu berkenaan adalah terhad, meskipun negara itu berkongsi sempadan dengan Kemboja dan Thailand di kawasan sensitif yang dikenali sebagai - Emerald Triangle.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami