awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza

Bernama
Bernama
16/01/2025
13:13 MYT
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi dialog sempena program InvestMalaysia di London, United Kingdom (UK) hari ini. - Bernama
LONDON: Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza berikutan gencatan senjata yang telah dicapai.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
"Ada cadangan daripada Ishiba iaitu untuk pembangunan semula Gaza yang harus disegerakan kerana pendamaian yang telah dicapai ini," katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada acara Invest Malaysia di sini hari ini.
Anwar berkata Ishiba juga telah meminta Malaysia menjadi pengerusi bersama dengan Jepun bagi inisiatif negara itu menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza.
"Kita akan mencari dana dan kaedah untuk membantu segera. Jadi saya akan hubungi PM Ishiba hari ini juga untuk menyatakan bahawa jawatankuasa itu harus segera bertemu untuk mencari jalan dan kaedah membantu Gaza," katanya.
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza itu dibincangkan semasa lawatan Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#gencatan senjata
#Jepun
#pembangunan semula
#Gaza
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan