awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gencatan senjata perlu jadi matlamat utama - Duta Palestin ke PBB

Bernama
Bernama
27/10/2023
04:17 MYT
Gencatan senjata perlu jadi matlamat utama - Duta Palestin ke PBB
Sehingga kini, lebih 8,400 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin dan 1,400 pendatang Israel. - Gambar fail/AP
GENEVA: Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ibrahim Khraishi pada Khamis berkata gencatan senjata dengan kadar segera mesti menjadi "matlamat utama kita semua" di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Palestin.
Kenyataan itu dibuat semasa sesi taklimat di pejabat PBB di Geneva bersama anggota Persatuan Pewarta Bertauliah di PBB (ACANU), lapor Agensi Anadolu.
Beliau juga berkata masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan segera termasuk menyeru gencatan senjata segera, memastikan akses dan bantuan kemanusiaan, memulihkan keperluan asas di Gaza, mengutuk serangan Israel terhadap rakyat Palestin dan infrastruktur awam serta mengecam pengepungan di Gaza.
Khraishi juga menggesa negara-negara lain untuk mengenakan sekatan senjata dua hala ke atas Israel dan menamatkan "kekebalan pelanggaran undang-undang antarabangsa Israel."
Sehingga kini, lebih 8,400 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk sekurang-kurangnya 7,028 rakyat Palestin dan 1,400 pendatang Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perang Palestin Israel
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#duta palestin
#Ibrahim Khraishi
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan