awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Genggam ijazah pada usia 85 tahun, wanita Palestin ini buktikan ilmu merentas masa dan usia

Agensi
Agensi
19/10/2021
07:00 MYT
Genggam ijazah pada usia 85 tahun, wanita Palestin ini buktikan ilmu merentas masa dan usia
Tidak begitu bernasib baik apabila terpaksa berhenti belajar pada tahun 1948, ketika usianya 12 tahun namun cintanya kepada ilmu tidak pernah padam. - Foto REUTERS
ILMU itu seluas lautan, tidak pernah lari daripada mereka yang berusaha menggapainya.
Adakalanya daripada kita yang terasa seperti sudah banyak ilmu ditimba namun hakikatnya masih banyak yang belum diteroka.
Begitupun, usaha menuntut ilmu tidak seharus sesekali berhenti dan wanita warga Palestin ini, Jihad Butto mungkin contoh terbaik, membuktikan ilmu merentasi masa dan usia, siapa sahaja boleh mendapatkannya.
Tidak begitu bernasib baik apabila terpaksa berhenti belajar pada tahun 1948 - ketika usianya 12 tahun - namun cintanya kepada ilmu tidak pernah padam.
Pada usia 85 tahun, ibu kepada tujuh anak ini membuktikan ilmu tidak mengenal usia apabila dia berjaya menamatkan pengajian bahkan mendapat ijazah daripada Kfar Bara Center for Islamic Studies.
Butto mula memasuki institut itu empat tahun lepas, ketika usianya 81 tahun dan dia mengambil kursus bahasa, agama dan matematik.
View this post on Instagram
A post shared by AJ+ (@ajplus)
“Saya pernah ada peluang untuk belajar. Bila saya dengar ada peluang untuk menimba ilmu, saya terus pergi.
“Sebelum saya memohon untuk ke Kfar Bara, orang di sekeliling saya tahu bagaimana saya cintakan pendidikan dan saya selalu membaca buku.
“Ada yang beritahu saya tentang sijil Kfar Bara dan tanya kalau saya mahu menyertainya. Saya kata di mana sahaja ada ilmu, saya pasti akan pergi,” katanya seperti dilaporkan Reuters.
Dua rakannya kemudian mendaftarkannya di sana.
Sebaik memasuki pusat pengajian itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang, terus memacu ke depan sehingga memperoleh ijazah pada usia 85 tahun.
“Guru-guru banyak bercakap mengenai saya. Mereka juga menjadikan saya contoh buat pelajar lain. Bila saya graduasi, ada orangber tanya kepada Dekan, adakah mereka membantu saya?
“Dekan kata tidak, malah dia kata saya sebenarnya banyak membantu pelajar lain dalam pelbagai topik,” ujarnya.
Menerusi ilmu diperoleh ketika dia belajar, Butto kini mencurahkannya kepada wanita di kawasannya pula, dengan mengajar mereka pelbagai topik.
Kisah wanita hebat itu kini menghiasi beberapa portal tempatan dan antarabangsa, semuanya kagum dengan pencapaian hebat Jihad!
Topic Berkaitan
#Jihad Butto
#Palestin
#ijazah 85 tahun
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan