awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Germanwings beri bantuan awal 50,000 euro kepada keluarga mangsa

AFP
AFP
28/03/2015
02:34 MYT
Germanwings beri bantuan awal 50,000 euro kepada keluarga mangsa
Syarikat penerbangan Germanwings menawarkan bantuan awal sehingga 50,000 euro (lebih RM200,000) bagi setiap penumpang yang menjadi mangsa nahas pesawatnya yang terhempas pada Isnin. -Gambar fail
Syarikat penerbangan Germanwings menawarkan bantuan awal sehingga 50,000 euro (lebih RM200,000) bagi setiap penumpang yang menjadi mangsa nahas pesawatnya yang terhempas pada Isnin.
Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata, bantuan itu tidak memerlukan ahli keluarga mangsa membayarnya semula dan ia juga bukan sebahagian pampasan yang bakal dibayar syarikat itu nanti.
Akhbar semalam memetik seorang pakar undang-undang penerbangan, Holger Hopperdietzelm, sebagai berkata, Lufthansa, iaitu syarikat induk Germanwings bakal berdepan pembayaran ganti rugi antara beberapa puluh ribu euro kepada ratusan ribu euro bagi setiap mangsa, lapor akhbar Tagesspiegel.
Namun Elmar Giemulla, seorang profesor perundangan di Universiti Teknikal Berlin, memberitahu akhbar Rheinische Post yang beliau menjangkakan syarikat penerbangan terbesar Eropah itu hanya akan membayar sejumlah kecil pampasan, mungkin di antara 10 hingga 30 juta euro (kira-kira RM40 hingga RM120 juta).
Liabiliti yang ditanggung syarikat penerbangan ketika kemalangan telah dipersetujui pada satu konvensyen di Montreal pada tahun 1999, yang menetapkan maksimum 143,000 euro (RM573,000) bagi setiap mangsa.
Topic Berkaitan
#Germanwings
#Holger Hopperdietzelm
#Lufthansa
#pampasan
#Tagesspiegel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan