awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Geun-hye kena hukum penjara lapan tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2018
10:40 MYT
Geun-hye kena hukum penjara lapan tahun
April lalu, Geun-hye, 66 tahun, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun selepas disabit bersalah dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Foto Sinar Harian
Sebuah mahkamah di Korea Selatan, hari ini mendapati bekas presiden Park Geun-hye bersalah kerana menyalahgunakan dana kerajaan dan campur tangan dalam Pilihan Raya Parlimen 2016.
Geun-hye berdepan tuduhan menerima bayaran tidak sah daripada Agensi Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS) berjumlah 3.3 bilion won (RM11.8 bilion).
"Tertuduh menerima wang tersebut daripada tiga ketua NIS selama lebih tiga tahun. Tindakannya telah menyebabkan kerugian besar kepada perbendaharaan negara," kata hakim kanan, Seong Chang-ho di Mahkamah Daerah Pusat Seoul.
Dakwaan terbaharu itu menyebabkan beliau dikenakan hukuman penjara tambahan lapan tahun yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 32 tahun.
Difahamkan, tiga bekas ketua agensi itu turut memberi keterangan bahawa mereka ada menyalurkan dana terbabit kepada Geun-hye selepas menerima arahan pemimpin wanita tersebut.
Dana awam tersebut dipercayai digunakan oleh beliau untuk rumah persendiriannya, rawatan urut dan membiayai butik milik teman rapatnya, Choi Soo-sil yang memasarkan jenama pakaian dihasilkan Geun-hye.
April lalu, Geun-hye, 66 tahun, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun selepas disabit bersalah dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Soon-sil yang menjadi individu utama dalam skandal rasuah membawa kepada pemecatan Geun-hye turut dihukum penjara 20 tahun atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam hal ehwal negara.
Geun-hye disingkirkan daripada jawatannya pada Mac 2017 selepas undian dilakukan di Parlimen dan protes besar-besaran selama beberapa minggu yang menggesa pengunduran beliau.
Topic Berkaitan
#Agensi Perisikan Kebangsaan Korea Selatan
#Choi Soo-sil
#Korea Selatan
#Korea Utara
#mahkamah
#Mahkamah Daerah Pusat Seoul
#NIS
#Park Geun-Hye
#pilihan raya
#Pilihan Raya Parlimen 2016
#Rasuah
#Seong Chang-ho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan