Skip to main content

Dunia

Ghana bawa pulang warga dari Afrika Selatan susulan protes anti pendatang

Ghanaian citizens arrive at the Accra International Airport as Ghana repatriates hundreds of its citizens from South Africa following instances of violence against migrants from other sub-Saharan African countries, amid a wave ‌of anti-immigration protests, in Accra, Ghana May 27, 2026. REUTERS/Francis Kokoroko
Kumpulan pertama warga Ghana yang dipulangkan dari Afrika Selatan tiba di Accra pada Rabu susulan gelombang protes anti pendatang yang mencetuskan kebimbangan keselamatan dalam kalangan komuniti asing di negara itu. - Reuters

ACCRA: Kumpulan pertama warga Ghana yang dipulangkan dari Afrika Selatan tiba di Accra pada Rabu (27 Mei) susulan gelombang protes anti-pendatang yang mencetuskan kebimbangan keselamatan dalam kalangan komuniti asing di negara itu.

Kumpulan berkenaan merangkumi wanita dan kanak-kanak, dengan pihak berkuasa Ghana melaksanakan proses pemindahan secara sukarela bagi rakyatnya yang menyatakan tidak lagi berasa selamat untuk terus tinggal di Afrika Selatan.

Mereka disambut oleh Menteri Hal Ehwal Luar Ghana, Samuel Okudzeto Ablakwa, yang memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyediakan sokongan sewajarnya kepada semua warga yang pulang.

Dalam pada itu, seorang warga Ghana, Abdou Razac, berkata hubungan ekonomi antara Ghana dan Afrika Selatan masih kukuh, sambil menegaskan kehadiran beberapa syarikat Afrika Selatan di Ghana mencerminkan kepentingan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyambut ketibaan rakan-rakannya, sambil menyatakan bahawa Afrika Selatan turut memerlukan Ghana dalam usaha pembangunan ekonomi serantau.

Menurut pihak berkuasa, Afrika Selatan kini bekerjasama dengan kerajaan Ghana bagi menyenaraikan kira-kira 800 individu yang telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan negara itu.

Proses repatriasi ini menyusul beberapa minggu protes anti-imigrasi, dengan kumpulan tertentu menuntut kawalan lebih ketat terhadap pendatang tanpa dokumen, selain menuduh warga asing menyumbang kepada peningkatan jenayah dan pengangguran.

Pihak berkuasa Afrika Selatan turut mengecam keras sebarang bentuk keganasan terhadap warga asing dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap serangan bersifat xenofobia, sambil menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak selari dengan prinsip demokrasi berperlembagaan negara itu.

Must Watch Video

Advertisement