Skip to main content

Dunia

Greece rekodkan 324 kes virus Nil Barat, angka korban meningkat kepada 30

A worker sprays bushes and trees to kill mosquitoes as part of a campaign to limit the spread of West Nile virus, in the seaside Faliro area, near Athens, Thursday, Sept. 3, 2026. (AP Photo/Thanassis Stavrakis)
Kerja pembasmian nyamuk giat dilaksanakan di banyak kawasan di Greece. Wilayah Attica, yang merangkumi ibu negara Athens, menyumbang 56.8 peratus daripada pendedahan kes yang dilaporkan. - AP
Advertisement

ISTANBUL: Greece merekodkan 324 kes jangkitan tempatan virus Nil Barat  tahun ini, angka tahunan tertinggi dalam sejarah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media tempatan.

Jumlah itu mengatasi rekod tertinggi sebelum ini iaitu 317 kes pada 2018, menurut akhbar harian Kathimerini yang memetik data daripada Pertubuhan Kesihatan Awam Kebangsaan.

Pihak berkuasa kesihatan merekodkan 34 jangkitan baharu dan enam lagi kematian sepanjang minggu lepas, menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan meningkat kepada 30 orang.

Daripada jumlah kes itu, seramai 217 pesakit mengalami komplikasi yang menjejaskan sistem saraf pusat. Seramai 68 orang masih dirawat di hospital, termasuk 32 di unit rawatan rapi (ICU).

Wilayah Attica, yang merangkumi ibu negara Athens, menyumbang 56.8 peratus daripada pendedahan yang dilaporkan.

Pakar kesihatan percaya jumlah jangkitan sebenar adalah jauh lebih tinggi kerana kurang daripada satu peratus individu yang dijangkiti virus berkenaan mengalami gejala teruk.

Meskipun aktiviti nyamuk berleluasa di seluruh Eropah, pihak berkuasa Greece percaya wabak itu telah melepasi kemuncaknya.

Virus Nil Barat dijangkiti terutamanya menerusi gigitan nyamuk yang dijangkiti, dengan individu berumur lebih 50 tahun dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah menghadapi risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit teruk.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement