Gunung Agung di Bali yang "tenang" beberapa bulan ini, kembali meletus hari ini.
Letusan gunung yang terletak di Karangasem, di kepulauan Bali pada Ahad itu berlaku pada jam 4.09 pagi waktu Indonesia Timur selama kira-kira tiga minit.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) kini meletakkan status tiga atau siaga, berikutan letusan terbaharu itu, lapor Bernama.
Orang ramai atau pelancong diarahkan tidak melakukan pendakian ke gunung itu dan diarahkan tidak melakukan sebarang aktiviti di lingkungan radius 4 kilometer dari kawah gunung berkenaan.
Sementara itu media Indonesia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali masih beroperasi seperti biasa setakat ini.
Gunung berapi aktif di Bali itu kembali meletus pada Jun lepas dan aktif meletus sehingga Julai sebelum kembali "tenang" selepas itu.
Letusan pada Julai lepas turut menyebabkan ribuan pelancong terkandas di pulau peranginan terkemuka itu apabila lapangan terbang ditutup akibat asap dan debu gunung berapi menggangu operasi penerbangan.
Kali terakhir letusan kuat Gunung Agung berlaku adalah pada 1963 yang menyebabkan lebih 1,000 orang maut dan beberapa kampung di cerun gunung musnah.
Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia berkata mereka memantau perkembangan terkini itu dan meminta rakyat Malaysia yang berada di Bali mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.
Astro Awani
Sun Dec 30 2018

Keadaan Gunung Agung yang meletus seketika dahulu. -Gambar fail

32 OKU penglihatan tawan Bukit Dinding
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan.

Syed Saddiq arah 'clearkan' wang RM1 juta selepas disiasat SPRM - Saksi
Ditanya mengapa Syed Saddiq menyuruh dia 'clearkan' wang terbabit, Rafiq Hakim Razali, 32, menjawab "Dia takut duit itu disita."

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan banjir di Baling
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Suara Rakyat | Minyak masak peket habis, pengguna terpaksa 'berkorban'
Pemansuhan subsidi minyak masak botol sejak 1 Julai lalu beri kesan besar kepada sebilangan penduduk di Kota Kinabalu. Mereka mendakwa stok minyak masak peket di pasaran sudah habis menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih untuk beli minyak masak botol. Situasi ini amat membebankan terutama bagi peniaga kecil.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

Cerita Sebalik Berita: Keselamatan tetamu Allah di Makkah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'
Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab. Penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram
Pemeriksaan JAS di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.

Sistem tanpa tunai boleh perbaiki Indeks Persepsi Rasuah negara
Menerusi sistem tanpa tunai, setiap transaksi dapat direkodkan sementara kebanyakan pihak memberi atau menerima suapan secara tunai.

Piala AFC: Lang Merah perlu ambil kesempatan kepenatan Bali United
Lazimnya, laungan sorakan penyokong itu sendiri di Stadium Kapten I Wayan Dipta pastinya akan menyemarakkan semangat mereka.

Batik Air perkenal semula penerbangan terus KL-Bali
Penerbangan itu meningkatkan lagi kapasiti Batik Air ke Indonesia selepas pelancaran penerbangan dua kali sehari ke Jakarta sejak 27 Mac 2022.

Putin bercadang hadir ke Sidang Kemuncak G20 di Bali-Duta Besar Rusia
Presiden Rusia Vladimir Putin merancang untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November, menurut laporan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 Mac 2022.

Indonesia guna pakai skim gelembung perjalanan untuk Sidang Kemuncak G20
Skim itu akan menjadi garis panduan untuk setiap aktiviti pada sidang kemuncak dua hari di Bali yang berakhir 16 November.

Pelancong asing mengeluh, pembukaan Bali cetus kekeliruan
Ramai pelancong mempersoalkan keperluan menjalani tiga ujian PCR sebagai syarat bercuti di pulau peranginan itu.

Indonesia buka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan ke Bali
VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nyepi: Lapangan Terbang Bali gantung sementara penerbangan
Lapangan terbang di pulau percutian Bali di Indonesia akan menghentikan sementara operasi penerbangannya selama 24 jam bermula 6 pagi Khamis sempena "Nyepi" (Hari Senyap).