GUNUNG berapi Mauna Loa, di Big Island Hawaii, Amerika Syarikat (AS) terus aktif dan dilihat mengeluarkan asap debu serta lahar.

Sehingga kini, tiada tanda menunjukkan ia akan reda dalam masa terdekat. 

Kali terakhir Mauna Loa meletus adalah 38 tahun lepas.

Mauna Loa adalah salah satu daripada lima gunung berapi yang terdapat di Big Island.

Beberapa siri gempa bumi pada November memberi isyarat bahawa gunung berapi Mauna Loa menjadi aktif semula.

Pada Ahad lepas, gunung berapi tersebut menghamburkan debu dan gas panas ke udara.

BACA: Gunung berapi terbesar dunia kembali aktif, tarik perhatian orang ramai

Menurut pihak berkuasa Hawaii, letusan bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang arahan berpindah, namun kawasan berhampiran puncak gunung dan beberapa laluan di wilayah itu ditutup.

Manakala dua pusat pemindahan sudah dibuka sebagai persediaan awal.


Mauna Loa | Gunung berapi terbesar terus mengalirkan lahar