awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, penduduk dinasihat jauhi kawasan gunung

Bernama
Bernama
17/06/2025
15:37 MYT
Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, penduduk dinasihat jauhi kawasan gunung
Gunung Lewotobi Laki-laki yang terletak di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus pada Selasa, memuntahkan abu setinggi sehingga 10 kilometer ke udara. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-laki yang terletak di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus pada Selasa, memuntahkan abu setinggi sehingga 10 kilometer ke udara dan mendorong pihak berkuasa menggesa penduduk agar menjauhi kawasan sehingga lapan kilometer daripada gunung berapi itu.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan yang berlaku pada 5.35 petang waktu tempatan menghasilkan abu tebal berwarna kelabu yang bergerak ke pelbagai arah dan disertai aliran piroklas.
"Orang awam dan pelawat dinasihatkan agar mengelakkan semua aktiviti dalam radius tujuh kilometer daripada kawah, serta dalam sektor yang menjangkau sehingga lapan kilometer ke arah timur laut dan barat daya," menurut kenyataan PVMBG.
Pusat itu turut memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya aliran lumpur gunung berapi ketika hujan lebat dengan sungai di kawasan Dulipali, Padang Pasir, Nobo, Nurabelen, Klatanlo, Hokeng Jaya, Boru dan Nawakote berpotensi terjejas.
Penduduk yang terkesan akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko masalah pernafasan, memandangkan gunung berapi itu berada pada tahap amaran tertinggi, Tahap 4, sebelum letusan berlaku.
Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik mempunyai lebih 100 gunung berapi aktif dan kerap mengalami aktiviti gunung berapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Lewotobi Laki-laki
#meletus
#Indonesia
#Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami