JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus pada Rabu dengan memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira 1,500 meter dari puncaknya, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG), lapor Xinhua.
PVMBG melaporkan yang letusan berlaku pada 6.31 petang waktu tempatan dan berlangsung kira-kira tiga setengah minit, dengan abu bergerak ke arah barat daya.
Advertisement
Walaupun berlaku aktiviti itu, pihak berkuasa memaklumkan tiada peningkatan ketara dalam gegaran gunung berapi.
Gunung berapi itu kekal pada Tahap II dalam skala amaran empat peringkat negara berkenaan.
Penduduk dan pelancong dinasihatkan agar menjauhi zon larangan dalam lingkungan empat kilometer dari kawah.
Pegawai turut menggesa orang ramai memakai pelitup muka dan pelindung mata, serta kekal berwaspada terhadap kemungkinan aliran lahar akibat hujan di sungai berhampiran gunung berapi itu.
-- BERNAMA-XINHUA