awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada

Bernama
Bernama
30/05/2024
10:20 MYT
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus, penduduk dinasihat berwaspada
Letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Ringkasan AI
  • Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu setinggi 2,000 meter.
  • Penduduk dalam radius 4.5 km dinasihatkan berwaspada dan mengelakkan aktiviti berhampiran gunung.
  • Gunung Marapi berada pada Status Tahap III, mencatatkan aktiviti seismik dengan amplitud maksimum 30.4 mm.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut dan dengungan dari letusan itu dapat didengar sejauh Pos Pemerhatian Gunung Marapi di Bukittinggi.
"Gunung berapi itu yang kini berada pada Status Tahap III (Berjaga-jaga) merekodkan aktiviti seismik dengan amplitud maksimum 30.4 milimeter yang berlangsung selama kira-kira dua minit dua saat," katanya dalam kenyataan.
Penduduk dalam radius 4.5 kilometer dari Gunung Marapi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan daripada melakukan aktiviti berdekatan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi kemungkinan berlaku aliran lahar ketika hujan termasuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu vulkanik.
Abdul Muhari juga menekankan pentingnya menjaga suasana positif dalam komuniti, mengelakkan maklumat yang salah dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.
Gunung Marapi, gunung berapi setinggi 2,891 meter, meletus pada Disember 2023, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 23 orang dan lebih 50 pendaki berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung marapi
#Indonesia
#letusan gunung berapi
#Sumatera Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan