Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki dalam mengendalikan pelajar trauma akibat perang dan keganasan, menjadi sesuatu yang cukup berharga buat guru dari Palestin, Hanan Al Hroub.
Selepas semua pengalaman hidup itu dimanfaatkan dalam kerjayanya, beliau kini boleh berbangga apabila diiktiraf sebagai Guru Terbaik Global, dalam majlis anugerah Hadiah Guru Global yang berlangsung di Dubai, pada Ahad.
Guru yang dibesarkan di kem pelarian itu mula menceburi bidang pendidikan selepas melihat sendiri bagaimana anak-anaknya takut ke sekolah kerana pergolakan yang melanda negara itu.
Kemenangan itu membolehkan Hanan membawa pulang hadiah wang AS$1 juta (RM 4.1 juta).
The Guardian melaporkan Hanan bercadang menggunakan wang itu untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sekali gus membantu menaik taraf sistem pendidikan.
Turut berkongsi kegembiraan dengan kemenangan Hanan itu adalah Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah, Duke of Cambridge, Putera William dan Pope Francis.
Seorang guru dari Malaysia, Yasmin Noorul Amin, adalah antara 50 guru yang disenarai pendek untuk anugerah berkenaan.
Madiha Abdullah
Mon Mar 14 2016
Pengalaman mengendalikan pelajar trauma akibat perang melayakkan Hanan dinobatkan sebagai Guru Terbaik. Foto/Twitter Global Teacher Prize
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Guru dari Palestin diangkat sebagai guru terbaik, menang AS$1 juta
Hanan boleh berbangga apabila diangkat sebagai Guru Terbaik Global, dalam majlis anugerah Hadiah Guru Global yang berlangsung di Dubai, pada Ahad.
Najib ucap selamat berjaya buat calon Hadiah Guru Global
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat berjaya kepada Yasmin Noorul Amin yang disenarai pendek untuk Hadiah Guru Global.