awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS

Bernama
Bernama
02/11/2023
11:31 MYT
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Mogok berlaku di kebanyakan sekolah-sekolah awam di Portland pada awal Rabu. - Gambar/ AP
SAN FRANCISCO: Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Mogok itu yang pertama dalam sejarah sekolah di daerah itu berlaku selepas pemimpin daerah dan kesatuan menemui jalan buntu selepas perbincangan selama 10 bulan mengenai pelbagai perkara termasuk mengenai belanjawan asas.
Mogok berlaku di kebanyakan sekolah-sekolah awam di Portland pada awal Rabu, dengan kedua-dua pihak hanya akan menyambung rundingan pada Jumaat, menyebabkan sekolah terpaksa ditutup pada Khamis.
Pemimpin kesatuan berkata guru mahukan kenaikan gaji yang besar yang selari dengan inflasi, mengehadkan jumlah pelajar dalam kelas bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar serta diberikan lebih banyak masa untuk merancang melaksanakan pelbagai arahan, menurut laporan Oregonian.
Sekolah-sekolah awam di Portland berdepan penurunan bilangan pelajar disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah dan harga rumah yang tinggi, menurut laporan itu.
Gabenor Negeri Oregon, Tina Kotek menggesa kedua-dua pihak supaya meneruskan rundingan dan tidak melancarkan mogok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru mogok
#Amerika Syarikat
#portland
#sekolah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan