awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guterres rujuk pendapat nasihat ICJ mengenai Palestin kepada Perhimpunan Agung PBB

Bernama
Bernama
24/10/2025
02:45 MYT
Guterres rujuk pendapat nasihat ICJ mengenai Palestin kepada Perhimpunan Agung PBB
Guterres menekankan keperluan kerjasama Israel dengan agensi PBB dan mematuhi undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia. - Foto fail/AP
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres merujuk pendapat penasihat yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tanggungjawab Israel di wilayah Palestin yang diduduki kepada Perhimpunan Agung PBB.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung PBB menyerahkan isu tanggungjawab Israel di wilayah Palestin yang diduduki kepada badan tertinggi PBB untuk tindakan lanjut.
  • Guterres menekankan keperluan kerjasama Israel dengan agensi PBB dan mematuhi undang-undang kemanusiaan serta hak asasi manusia.
  • Beliau menggesa usaha politik yang boleh dipercayai bagi menamatkan pendudukan dan mencapai keamanan antara Israel dan Palestin berdasarkan sempadan 1967.

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan bahawa Guterres menegaskan kini menjadi tanggungjawab Perhimpunan Agung untuk memutuskan sebarang tindakan lanjut berkaitan perkara itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya, Guterres menekankan bahawa ICJ menolak dakwaan yang mempersoalkan sikap berkecuali Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), serta menegaskan bahawa Israel sebagai negara anggota PBB mesti bekerjasama dengan pertubuhan itu dan agensi-agensinya.
Beliau menggesa Israel supaya mematuhi kewajipan antarabangsa berhubung kehadiran dan aktiviti PBB serta pihak kemanusiaan lain di wilayah Palestin yang diduduki.
Guterres turut menegaskan kepentingan semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa.
Beliau menyatakan bahawa pendapat nasihat ICJ itu berpotensi memainkan peranan penting dalam memperbaiki situasi kemanusiaan yang kritikal di Gaza.
Guterres menyeru supaya usaha untuk mewujudkan proses politik yang boleh dipercayai ke arah menamatkan pendudukan dan mencapai penyelesaian dua negara digiatkan, agar Israel dan Palestin hidup aman dan damai berdasarkan sempadan yang diiktiraf antarabangsa sejak 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#ICJ
#Perhimpunan Agung PBB
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan