Skip to main content

Dunia

Gwyneth Paltrow dikecam terlibat iklan projek perumahan mewah di Israel

American actress gwyneth paltrow faces huge backlash after she promoted for $10M penthouses in Israel while Israel is committing genocide in Palestine. X@Russia_Scope
Penampilan Paltrow (foto), yang juga pengasas jenama gaya hidup Goop, mencetuskan kritikan daripada sebahagian netizen dan aktivis kemanusiaan. -Foto X

LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Gwyneth Paltrow, menerima kecaman di media sosial selepas membintangi iklan video bagi mempromosikan projek perumahan mewah di Israel, lapor Entertainment Weekly.

Iklan berdurasi satu minit bagi projek pangsapuri pencakar langit ‘51 Park’ itu memaparkan Paltrow berjoging di New York sebelum menaiki kenderaan dan meminta pemandunya membawanya ke Herzliya, Israel.

Laporan Novara Media menyebut projek bangunan berkembar setinggi 51 tingkat itu dibangunkan oleh syarikat hartanah Aviv Melisron, dengan harga unit penthouse dilaporkan mencecah sehingga AS$10 juta (kira-kira RM40.7 juta).

Penampilan Paltrow, yang juga pengasas jenama gaya hidup Goop, mencetuskan kritikan daripada sebahagian netizen dan aktivis kemanusiaan.

Aktivis Alana Hadid antara yang mempersoalkan tindakan itu, menyifatkannya sebagai tidak sensitif dalam konteks konflik yang sedang berlangsung di Gaza dan Tebing Barat.

Beberapa kumpulan hak asasi turut mengaitkan projek tersebut dengan sejarah kawasan Herzliya, yang menurut mereka mempunyai latar belakang berkaitan penempatan Palestin.

Bagaimanapun, terdapat juga pihak yang mempertahankan tindakan pelakon itu, dengan menyifatkannya sebagai keputusan komersial serta menyokong penyertaan tokoh antarabangsa dalam projek pembangunan di Israel.

 

Must Watch Video

Advertisement