awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....

Agensi
Agensi
17/04/2021
01:57 MYT
'Haiwan misteri' bertenggek di pokok rupa-rupanya....
Pihak berkuasa mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant. - Foto Facebook/KTOZ Krakow Society for the Protection of Animals
KRAKOW: Ketika pegawai kebajikan haiwan menerima laporan tentang haiwan pelik berada di atas sebatang pokok di bandar Krakow, Poland, mereka sendiri bimbang dengan apa yang bakal ditemui.
"Semua penduduk tidak membuka tingkap kerana mereka takut ia masuk ke dalam rumah," kata pengadu.
Tetapi sebaik sepasukan pihak berkuasa tiba, mereka mendapati 'haiwan' itu bukan seekor burung, jauh sekali haiwan berbisa, sebaliknya ia adalah croissant.
Dalam catatan di dalam akaun Facebook, Persatuan Kebajikan Haiwan Krakow memaklumkan, pengadu mendakwa ia mungkin haiwan pemangsa.
Walaupun pegawai bertugas tahu tidak mungkin ada reptilia dapat bertahan dengan suhu musim bunga yang sejuk di bandar berkenaan, mereka tidak menolak andaian haiwan itu mungkin haiwan peliharaan yang dibuang oleh pemiliknya.
Sebaik tiba di tempat kejadian, apa yang ditemui mereka ialah sejenis pastri, iaitu croissant, melekat di pokok berkenaan, mungkin dibuang ke luar tingkap untuk diberi makan kepada burung.
Biarpun kelakar, namun organisasi itu menegaskan tindakan penduduk membuat aduan adalah betul dan memberi amaran agar orang ramai harus terus berhati-hati dan melaporkan sebarang isu kepada mereka.
Sumber Facebook Krakowskie.Towarzystwo.Opieki.nad.Zwierzetami
Topic Berkaitan
#croissant
#Krakow
#poland
#haiwan
#Persatuan Kebajikan Haiwan Krakow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan