awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim AS halang larangan pelajar asing di Harvard

Bernama
Bernama
24/05/2025
10:13 MYT
Hakim AS halang larangan pelajar asing di Harvard
Harvard juga menuduh pentadbiran Trump cuba memberi tekanan ke atas institusi itu melalui tindakan balas yang didakwa tidak sah. - AP
WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat telah menyekat sementara rancangan kerajaan AS untuk mengecualikan pelajar asing daripada memasuki Universiti Harvard, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Perintah injunksi sementara yang dikeluarkan oleh Hakim Allison D. Burroughs itu menghalang kerajaan daripada melarang universiti berkenaan daripada terus menerima pelajar antarabangsa melalui satu program khas persekutuan.
Universiti itu telah memfailkan saman terhadap langkah kerajaan AS di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Massachusetts hanya beberapa jam sebelum keputusan hakim diumumkan.
Dalam saman itu, Harvard menuduh pentadbiran Presiden AS Donald Trump cuba memberi tekanan ke atas institusi itu melalui tindakan balas yang didakwa tidak sah.
Keputusan hakim itu mungkin hanya langkah pertama dalam pertikaian undang-undang yang panjang. Ia bukanlah satu keputusan muktamad.
Hakim Burroughs menyatakan bahawa jika arahan kerajaan itu diteruskan, Harvard akan mengalami kesan serta-merta yang serius dan tidak dapat dipulihkan sebelum semua pihak sempat menyuarakan pandangan mereka.
Beliau turut mengarahkan prosiding didengar segera selepas saman difailkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hakim
#Amerika Syarikat
#larangan
#pelajar asing
#Universiti Harvard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan