awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim AS halang penggantungan bantuan makanan ketika penutupan kerajaan

Bernama
Bernama
01/11/2025
08:59 MYT
Hakim AS halang penggantungan bantuan makanan ketika penutupan kerajaan
Seorang hakim di Massachusetts mengarahkan supaya dana kecemasan digunakan bagi melaksanakan Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP). - Gambar hiasan
WASHINGTON: Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) menarik nafas lega selepas seorang hakim persekutuan pada Jumaat mengisytiharkan bahawa langkah menggantung bantuan makanan ketika penutupan kerajaan adalah tidak sah, menurut laporan agensi berita Jerman dpa.
Seorang hakim di Massachusetts mengarahkan supaya dana kecemasan digunakan bagi melaksanakan Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) dan mengarahkan kerajaan memaklumkan selewat-lewatnya Isnin sama ada bayaran sekurang-kurangnya sebahagian manfaat bagi November akan disalurkan.
Sebelum ini, Jabatan Pertanian AS memaklumkan pembayaran bantuan itu akan dihentikan mulai 1 Nov susulan penutupan kerajaan yang masih berlarutan.
Program SNAP menyediakan bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk membeli makanan.
Dokumen mahkamah menyatakan program itu memerlukan sekitar US$8.6 bilion sebulan dan kini menyokong kira-kira 42 juta rakyat AS.
Bantuan disalurkan melalui kad pembayaran yang boleh digunakan di pasar raya.
Menurut laporan media tempatan, masih belum jelas bila bayaran bagi November akan dibuat dan pada kadar berapa.
Dalam kes serupa pada Jumaat, seorang lagi hakim persekutuan di Rhode Island turut membuat keputusan serupa, menyatakan bahawa penggantungan program SNAP adalah tidak sah.
Penutupan kerajaan AS bermula pada 1 Okt selepas Kongres gagal mencapai kata sepakat mengenai undang-undang pembiayaan perkhidmatan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#hakim persekutuan AS
#bantuan makanan
#penutupan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan