awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MOF, KKM tubuh jawatankuasa bersama tangani kos kenaikan penjagaan kesihatan swasta
MALAYSIA
Malaysia promosikan pendidikan tinggi di Jakarta menerusi 'MyEduTour' 2025
MALAYSIA
Johor komited lahirkan 600 akauntan profesional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Hakim lanjutkan sekatan terhadap pelan pentadbiran Trump untuk bekukan bantuan Persekutuan

Bernama
Bernama
26/02/2025
03:00 MYT
Sponsor Banner
Hakim lanjutkan sekatan terhadap pelan pentadbiran Trump untuk bekukan bantuan Persekutuan
Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat meneruskan sekatan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump daripada membekukan bantuan kewangan persekutuan. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) meneruskan sekatan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump daripada membekukan bantuan kewangan persekutuan, dengan mengeluarkan injunksi awal pada Selasa terhadap arahan Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Arahan itu, dikenali sebagai Memorandum M-25-13, bertujuan menghentikan semua geran, pinjaman serta bantuan kewangan persekutuan di bawah peruntukan sedia ada sementara agensi menilai pematuhan terhadap perintah eksekutif terkini.
Pembekuan itu, yang pertama kali dikeluarkan pada 27 Jan, menyasarkan program berkaitan bantuan luar, pertubuhan bukan kerajaan, inisiatif kepelbagaian dan keterangkuman serta usaha mengenai alam sekitar.
Gabungan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan berhujah bahawa langkah itu akan memberikan kesan yang tidak dapat dipulihkan kepada organisasi yang menyediakan perkhidmatan penting.
Dalam keputusannya, Hakim Loren AliKhan berkata: "Secara keseluruhannya, plaintif telah mengemukakan bukti kukuh bahawa pembekuan dana ini akan membawa kesan ekonomi yang amat buruk - dan dalam beberapa keadaan, boleh membawa maut - kepada anggota mereka."
Beliau mengarahkan OMB untuk mengeluarkan notis bertulis kepada semua agensi berkaitan, mengarahkan mereka supaya menyambung semula pengagihan di bawah award terbuka dan tidak melaksanakan semula pembekuan itu dalam sebarang bentuk.
Hakim turut menetapkan agar pihak defendan mengemukakan laporan status menjelang Jumaat bagi memperincikan pematuhan terhadap injunksi berkenaan. Kedua-dua pihak juga dikehendaki mengemukakan laporan status bersama mengenai cadangan langkah seterusnya dalam kes berkenaan pada tarikh sama.
Injunksi ini dibuat susulan perintah sekatan sementara yang dikeluarkan pada 3 Feb bagi menghalang pembekuan itu. Plaintif berhujah bahawa langkah itu akan mengganggu perkhidmatan menyelamatkan nyawa serta menjejaskan komuniti yang bergantung pada pembiayaan persekutuan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Donald Trump
#hakim persekutuan AS
#lanjutan sekatan
#Pejabat Pengurusan dan Belanjawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami