awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim New York tetapkan tarikh jatuh hukum terhadap Trump dalam kes wang sogokan

Bernama
Bernama
04/01/2025
09:08 MYT
Hakim New York tetapkan tarikh jatuh hukum terhadap Trump dalam kes wang sogokan
Hakim Merchan turut mengarahkan Trump hadir pada sesi itu sama ada secara fizikal atau melalui sidang maya. - Reuters
NEW YORK: Hakim New York Juan Merchan yang mengendalikan kes berkaitan wang sogokan bekas Presiden Donald Trump, memaklumkan ketetapan menjatuhkan hukuman bagi kes itu adalah pada 10 Januari.
Menurut laporan Xinhua, sesi itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9.30 pagi di sebuah mahkamah di Lower Manhattan.
Hakim Merchan turut mengarahkan Trump hadir pada sesi itu sama ada secara fizikal atau melalui sidang maya.
Keputusan mengenai kaedah kehadiran itu perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 5 Jan.
Dalam keputusannya, Merchan menegaskan bahawa tiada halangan undang-undang untuk meneruskan ketetapan menjatuhkan hukuman dan menyatakan bahawa penyelesaian kes ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat termasuk juri, defendan dan plaintif.
Sebelum ini, hakim bersetuju menangguhkan sesi berkenaan yang sebelum ini dijadualkan pada 26 Nov 2024 tanpa menetapkan tarikh baharu.
Pada Mei 2024, juri di New York mendapati Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah, termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menutup pembayaran wang sogokan kepada seorang bintang lucah pada kempen pilihan raya Presiden 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wag sogokan
#Donald Trump
#mahkamah
#Hakim New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan