Hakim persekutuan kekang tindakan ICE terhadap penunjuk perasaan aman di Minnesota

Anggota imigresen persekutuan berbaris di hadapan Bangunan Persekutuan Bishop Henry Whipple, di Minneapolis, 15 Jan 2026, (Foto AP)
WASHINGTON: Sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ketat terhadap cara agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) berinteraksi dengan penunjuk perasaan aman di negeri Minnesota, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ketat terhadap cara agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) berinteraksi dengan penunjuk perasaan aman di Minnesota.
- Pegawai ICE dilarang menahan individu yang terlibat dalam aktiviti protes aman serta tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan atau orang awam.
- Keputusan mahkamah ini berikutan protes berterusan di Minneapolis dan insiden tembakan yang melibatkan warga AS minggu lepas.
Selain itu, mereka dilarang menggunakan semburan lada, gas pemedih mata atau kekerasan serupa yang tidak membawa maut terhadap penunjuk perasaan atau orang awam di kawasan sekitar.
Pegawai persekutuan hanya dibenarkan menahan atau memeriksa kenderaan di kawasan demonstrasi jika terdapat syak wasangka yang kukuh bahawa kenderaan terbabit menghalang operasi mereka, manakala pemeriksaan secara menyeluruh adalah tidak dibenarkan.
Menendez merujuk kepada laporan mengenai kelakuan agresif oleh anggota ICE yang berkemungkinan melanggar hak-hak yang dijamin oleh perlembagaan.
Keputusan itu dibuat susulan protes berterusan di wilayah Minneapolis terhadap operasi ICE, yang mendapat perhatian antarabangsa selepas insiden tembakan maut melibatkan seorang warga AS, Renee Good, oleh seorang pegawai agensi terbabit minggu lepas.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menolak dakwaan salah laku oleh pegawainya dan menegaskan bahawa mereka bertindak mengikut undang-undang dan selaras dengan Perlembagaan.
Menerusi hantaran di laman X pada Jumaat, jabatan itu menyatakan bahawa kekerasan hanya digunakan apabila perlu bagi melindungi diri dan orang awam.
Perintah mahkamah itu terpakai sepanjang tempoh penempatan tambahan pasukan persekutuan di Minnesota.
Menendez sebelum ini menolak permohonan kecemasan untuk menghentikan sepenuhnya operasi ICE.
Presiden Donald Trump baru-baru ini mengancam untuk menguatkuasakan Akta Pemberontakan - satu tindakan jarang dilakukan yang membolehkan penempatan tentera AS untuk penguatkuasaan undang-undang domestik - namun beliau masih belum mengambil langkah itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


