awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim persekutuan AS sekat perintah Trump hapuskan kewarganegaraan melalui kelahiran

Bernama
Bernama
06/02/2025
13:20 MYT
Hakim persekutuan AS sekat perintah Trump hapuskan kewarganegaraan melalui kelahiran
Seorang hakim persekutuan mengeluarkan perintah injunksi awal di seluruh negara pada malam Rabu untuk menghentikan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan hak kewarganegaraan kelahiran. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Seorang hakim persekutuan mengeluarkan perintah injunksi awal di seluruh negara pada malam Rabu untuk menghentikan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan hak kewarganegaraan kelahiran, lapor Agensi Anadolu (AA).
Hakim Daerah Maryland AS Deborah Boardman mengeluarkan keputusan menentang perintah eksekutif Trump, yang bertujuan untuk menghapuskan hak kewarganegaraan melalui kelahiran bagi anak-anak yang dilahirkan di Amerika Syarikat oleh imigran yang tidak mempunyai dokumen dan pendatang sementara.
Boardman memutuskan yang perintah eksekutif Trump akan melanggar Pindaan Ke-14 Perlembagaan AS dan bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung lebih satu abad lalu yang mengikat, selain kerana sudah 250 tahun negara itu memberi hak kewarganegaraan kelahiran.
Berbeza dengan perintah sekatan sementara sebelumnya, yang dikeluarkan pada 23 Januari oleh Hakim John Coughenour dari Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Barat Washington yang dijadualkan tamat minggu ini, injunksi awal Boardman akan terus berkuat kuasa sehingga tuntutan diselesaikan atau mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan tersebut.
Beberapa pemerhati menjangkakan isu itu akan pada akhirnya dibawa ke Mahkamah Agung AS, yang Trump atau presiden Republikan lain mendapatkan majoriti yang memihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hakim persekutuan AS
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#kewarganegaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan