Skip to main content

Malaysia

Firefly pulihkan sepenuhnya penerbangan Subang-Singapura pada 22 Okt

Penerbangan yang dijadualkan disambung semula pada 21 Okt ialah FY3122 dan FY3123, FY3126 dan FY3127, serta FY3130 dan FY3131. - Foto BERNAMA
Penerbangan yang dijadualkan disambung semula pada 21 Okt ialah FY3122 dan FY3123, FY3126 dan FY3127, serta FY3130 dan FY3131. - Foto BERNAMA

Advertisement

SINGAPURA: Firefly akan memulihkan sepenuhnya penerbangan antara Subang dan Singapura pada Khamis (22 Okt), susulan penilaian operasi terbaharunya terhadap keadaan cuaca dan jerebu di Singapura.

Dalam satu makluman pada Isnin, syarikat penerbangan itu berkata ia akan mengendalikan jadual penerbangan yang dikurangkan antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar pada 21 Okt sebelum memulihkan perkhidmatan penuh pada hari berikutnya.

"Penumpang yang terkesan sedang dihubungi dan ditawarkan pengaturan perjalanan alternatif melalui penerbangan Malaysia Airlines yang sedia ada antara Kuala Lumpur (KUL) dan Singapura (SIN), tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.

"Penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan pengaturan alternatif berkenaan layak mendapat bayaran balik sepenuhnya," katanya.

Syarikat anak milik penuh Malaysia Airlines itu sebelum ini membatalkan semua penerbangan terjadual antara kedua-dua lapangan terbang berkenaan sehingga Isnin.

Penerbangan yang dijadualkan disambung semula pada 21 Okt ialah FY3122 dan FY3123, FY3126 dan FY3127, serta FY3130 dan FY3131.

Kualiti udara Singapura bertambah baik pada Isnin, dengan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada pada julat 86 hingga 115 setakat 11 malam, menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA).

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement