Skip to main content

Dunia

Hakim AS sekali lagi tolak usaha Trump batal sabitan berhubung bayaran "tutup mulut"

By accepting cookies, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts.
Hakim Alvin Hellerstein (kanan) berkata, alasan Trump untuk mengemukakan semula permohonannya itu "bukanlah sesuatu yang baharu mahupun mencukupi dari segi perundangan." - Gambar Reuters
Advertisement

NEW YORK: Seorang hakim persekutuan pada Jumaat sekali lagi menolak percubaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kes pemberian wang sogok untuk menyimpan rahsia (bayaran tutup mulut) daripada mahkamah negeri New York ke mahkamah persekutuan, lapor Xinhua.

Hakim Alvin Hellerstein dari Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Selatan New York berkata, alasan Trump untuk mengemukakan semula permohonannya itu "bukanlah sesuatu yang baharu mahupun mencukupi dari segi perundangan."

Pada Mei 2024, Trump disabitkan kesalahan atas 34 tuduhan jenayah berat memalsukan rekod perniagaan yang berkaitan pembayaran wang sogok berjumlah US$130,000 kepada pelakon filem dewasa, Stormy Daniels untuk menyimpan rahsia.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement