Skip to main content

Dunia

Hamas dakwa lancar roket ke Tel Aviv

51742512973_RishonLeZion.jpg
TEL AVIV: Hamas mendedahkan sebuah video pada Khamis yang menunjukkan serangan roket dilancarkan ke arah Tel Aviv, di tengah Israel.

Kumpulan itu menyatakan bahawa serangan tersebut adalah tindak balas terhadap "pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam".

Laporan bagaimanapun mengesahkan bahawa siren berbunyi di kawasan tersebut selepas laporan mengenai pelancaran roket.

Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara di seluruh Gaza pada Khamis, selepas Israel menyambung semula pengeboman dan operasi darat.

Serangan ini sekali gus menghentikan gencatan senjata yang telah berlangsung selama dua bulan.






Advertisement

Must Watch Video