PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniya berkata, keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel adalah deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan 'intifada' atau pemberontakan.
Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Presiden AS Donald Trump itu 'membunuh' proses perdamaian Israel-Palestin.
"Keputusan ini telah membunuh proses damai, telah membunuh proses penyelesaian.
"Keputusan AS adalah pelanggaran, pengisytiharan perang terhadap kita, mengenai kota suci Muslim dan Kristian.
"Kita harus berusaha melancarkan intifada dalam menghadapi Zionis," kata Haniya.
Beberapa jam selepas ucapannya, penunjuk perasaan Palestin berkumpul di jalan-jalan di Tebing Barat seperti Ramallah, Hebron dan Nablus serta di Semenanjung Gaza bagi menunjukkan tanda protes berhubung keputusan AS.
Selain itu, Haniya menekankan fakta bahawa Palestin melihat Baitulmaqdis sebagai ibu kota negeri mereka di masa depan.
"Baitulmaqdis atau Jerusalem dan keseluruhannya adalah milik kita (orang Palestin)
"Kita hari ini berada pada tahap kritikal dalam sejarah mengenai isu Palestin yang mana terus utama isu ini ialah Baitulmaqdis.
"Ia juga tahap kritikal dalam sejarah negara-negara Arab dan Islam berikutan keputusan provokatif serta tidak adil diambil AS," katanya.
Beliau menyeru semua rakyat Palestin untuk bersatu dengan cepat selain mempunyai strategi bagi menghadapi 'penjajahan' serta dasar pentadbiran AS di wilayan Palestin.
"Kami mendesak, kami bertanya dan kami menekankan keperluan menyusun semula rakyat Palestin menghadapi plot berbahaya ini dan meletakkan keutamaan kita dengan jelas bagi berdepan keputusan provokasi serta tidak adil itu," katanya.
Agensi
Thu Dec 07 2017
Keputusan AS mengiktiraf ibu kota Israel sebagai Baitulmaqdis adalah deklarasi perang terhadap rakyat Palestin. - Gambar Reuters
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.