awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer

Bernama
Bernama
12/03/2025
20:45 MYT
Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Hampir satu daripada 10 warga emas di Korea Selatan menghidap penyakit Alzheimer, dengan jumlah pesakit demensia dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu. - Gambar hiasan
SEOUL: Hampir satu daripada 10 warga emas di Korea Selatan menghidap penyakit Alzheimer, dengan jumlah pesakit demensia dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut Agensi Berita Yonhap, jumlah pesakit demensia telah mencecah 970,000 orang setakat 2025, mewakili 9.17 peratus daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial.
Angka itu dijangka melepasi paras satu juta orang tahun depan dan mencecah dua juta orang menjelang 2044.
Kementerian itu berkata, kadar kes demensia dalam kalangan warga emas menurun daripada 9.5 peratus pada 2016 dengan penurunan itu dikaitkan kepada peningkatan tahap pendidikan dan keadaan kesihatan mereka.
"Kadar kes demensia dalam kalangan warga emas dijangka kekal sekitar 10 peratus sehingga 2045 dan meningkat kepada kira-kira 12 hingga 13 peratus menjelang 2059," kata seorang pegawai kementerian.
Kementerian itu berkata, pihaknya akan merangka langkah sokongan untuk pesakit demensia bagi mengurangkan beban kewangan serta tanggungjawab penjagaan ke atas keluarga mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyakit Alzheimer
#Korea Selatan
#warga emas
#Demensia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan