Seramai 10.7 juta pelajar di China mula menduduki peperiksaan kemasukan universiti, yang dikenali sebagai Gaokao.

Menurut laporan CCTV China, jumlah calon peperiksaan ini adalah 400,000 lebih ramai berbanding tahun lalu.

Lebih 7,000 pusat peperiksaan dengan jumlah keseluruhan 400,000 bilik disediakan di seluruh negara.

Ia turut melibatkan 950,000 kakitangan yang ditugaskan menyelia proses peperiksaan berkenaan.

Di Beijing, pihak berkuasa membina 132 dewan peperiksaan dengan setiap bilik peperiksaan ditetapkan kepada 20 orang.

Kebiasaannya, Gaokao diadakan pada setiap Jun, namun pada tahun ini ia diadakan pada Julai berikutan penularan wabak COVID-19.

BACA: Amerika Syarikat pertimbang haramkan TikTok, aplikasi media sosial China lain