awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil

Bernama
Bernama
14/08/2022
05:19 MYT
Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil
Penguin mengalami kesukaran untuk melarikan diri apabila berdepan ombak yang kuat, tidak seperti burung lain kerana penguin tidak boleh terbang. - Gambar hiasan/Wikipedia
SAO PAULO: Sebanyak 596 penguin ditemukan mati di Florianopolis, Santa Catarina di selatan Brazil selepas puting beliung luar tropika yang membawa angin kencang melebihi 100 kilometer (km) sejam melanda kawasan itu, menurut Projek Pemantauan Pantai Lembangan Santos (PMP) pada Sabtu.
Haiwan itu dijumpai di beberapa kawasan pantai di Florianopolis, kata pakar biologi Andre Barreto, yang juga penyelaras Santa Catarina PMP.
Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesies haiwan marin lain dan bangkai seperti camar dan penyu juga turut ditemukan sejak Selasa, katanya.
"Secara amnya, haiwan yang dijumpai selepas puting beliung adalah haiwan yang paling lemah. Penguin mengalami kesukaran untuk melarikan diri apabila berdepan ombak yang kuat, tidak seperti burung lain kerana penguin tidak boleh terbang.
"Penguin lemas akibat keadaan laut bergelora, meskipun cuba berenang ke permukaan untuk bernafas," kata pakar itu.
Angin dengan kelajuan 100 km sejam direkodkan pada Selasa dan Jumaat di Santa Catarina, menurut agensi meteorologi tempatan Epagri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengun mati
#Brazil
#puting beliung
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan