awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh pengundi kokus Republikan di Iowa dukung gerakan MAGA Trump - Tinjauan

Bernama
Bernama
16/01/2024
04:55 MYT
Hampir separuh pengundi kokus Republikan di Iowa dukung gerakan MAGA Trump - Tinjauan
Trump bersalaman dengan seorang penyokong ketika berucap pada malam kokus Republikan di Des Moines, Iowa, 15 Jan 2024. (Foto AP)
DES MOINES: Hampir separuh daripada peserta kokus Republikan di Iowa mendukung gerakan Make America Great Again (MAGA) dan tidak tidak ramai yang mengakui kemenangan pilihan raya presiden 2020 Joe Biden sebagai sah, menurut tinjauan Edison Research.
Hampir separuh 551 pengundi yang menyertai tinjauan itu menyokong gerakan MAGA bekas presiden Donald Trump dan hampir dua pertiga mengatakan mereka tidak percaya kemenangan Biden dalam pilihan raya presiden 2020 adalah sah.
Selain itu, lebih separuh daripada responden tidak bimbang dengan pertuduhan yang dihadapi Trump dan tetap menganggap beliau layak untuk bertanding jawatan presiden.
Kokus Republikan diadakan di 1,600 pusat mengundi di seluruh Iowa tetapi sukar untuk menganggarkan berapa ramai pengundi akan hadir, kata jurucakap parti Republikan lapor Sputnik pada Isnin.
Iowa akan menghantar 40 perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Republikan yang dijadualkan pada 15 hingga 18 Julai di Milwaukee, Wisconsin.
Seramai 2,500 orang akan mengundi pada konvensyen itu dan untuk menang calon perlu mendapatkan undi daripada 1,215 perwakilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya presiden
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#kokus Republikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan