awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hantar 65,000 pesanan teks, wanita bertukar obsesif selepas 'dating' kali pertama

Agensi
Agensi
13/05/2018
11:11 MYT
Hantar 65,000 pesanan teks, wanita bertukar obsesif selepas 'dating' kali pertama
Ades mengaku dia melakukan semua itu kerana 'rasa cinta yang terlalu kuat.' - Foto: Paradise Valley Police Dept
Seorang wanita dari Pheonix, Amerika Syarikat kini berdepan pelbagai dakwaan selepas dia secara menghantar lebih daripada 65,000 mesej teks kepada seorang lelaki selepas mereka keluar bertemu kali pertama.
Kebanyakan daripada mesej itu berunsur ancaman, lapor portal berita tempatan.
Stesen penyiaran negara itu juga menayangkan laporan penahanan polis terhadap wanita berusia 31 tahun itu, Jacqueline Ades pada 8 Mei lalu, dengan dakwaan mengancam keselamatan individu lain.
Wanita yang menunjukkan ciri obsesif itu juga berdepan dakwaan menghendap, mencabul dan kegagalan hadir ke mahkamah, lapor The Washington Post.
“Saya rasa seperti baru saja bertemu pasangan hidup, dan saya sangka kami akan buat apa yang orang lain lakukan, berkahwin dan semuanya menjadi sempurna,” kata Ades dalam satu wawancara eksklusif dengan sebuah stesen penyiaran.
Ades bertemu teman lelakinya itu menerusi sebuah aplikasi dalam talian Luxy, iaitu rangkaian sosial janji temu bagi golongan berstatus jutawan.
Menurut Ades, dia menghantar pesanan teks sebanyak itu kerana ‘sangat jatuh cinta dengan lelaki itu’.
Polis memberitahu, antara pesanan teks yang dihantar Ades kepada lelaki itu adalah seperti 'Jangan berani tinggalkan aku', 'Kalau tak, aku bunuh kau nanti', 'Nanti aku mandi dalam darah kau’.
Sejak bertemu lelaki itu, dia menghantar sekurang-kurangnya 500 mesej sehari, selain pernah memecah masuk ke dalam kediaman lelaki itu dan mandi di dalam tab.
Menurut polis, Ades juga muncul di pejabat lelaki berkenaan dan berpura-pura menjadi isterinya.
Menjelaskan perbuatannya, Ades memberitahu: “Cinta itu adalah sesuatu yang tak dapat dibendung!”
Topic Berkaitan
#ancaman
#aplikasi sosial
#jacqueline ades
#temu jani
#wanita obsesif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan