P‪engasas Ali Baba Group, Jack Ma mengulangi sekali lagi bahawa perang perdagangan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China akan berlarutan untuk 20 tahun lagi di 2018 Computing Conference di Hangzhou.‬

‪Namun begitu menurut Jack Ma, kesan perang perdagangan itu hanya dirasai untuk mereka yang masih lagi mengadaptasi industri pembuatan yang sudah ketinggalan zaman.‬

‪“Revolusi yang bakal dunia hadapi selepas ini ialah era ’New Manufacturing’ atau Pembuatan Baharu”.‬

‪Kata Ma lagi, dunia sudah melalui zaman ‘peruncitan baharu’ yang merujuk pada cara baharu untuk berjual beli, kini dunia pembuatan perlu mengalami perubahan teknologi dan pemikiran.‬

‪“Robot akan mengambil alih tugas tenaga buruh, tetapi industri yang berasaskan perkhidmatan akan menjana peluang pekerjaan”, ujar Ma.‬

‪Hanya syarikat perniagaan yang jelas dengan hala tuju perubahan akan berjaya melalui waktu yang sukar akibat perang perdagangan ini.‬

‪“Kita perlu bersedia untuk 20 tahun lagi, satu tempoh yang lama, cukup panjang untuk munculnya lagi sebuah syarikat seperti Ali Baba," jelasnya.

BACA: Perang dagangan AS-China boleh berlarutan sehingga 20 tahun - Jack Ma