ANKARA: Harga minyak jatuh pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap kelemahan permintaan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS), pengguna minyak terbesar di dunia, keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengekalkan dasar kadar faedahnya dan perbincangan gencatan senjata di Asia Barat, lapor Anadolu.
Penanda aras antarabangsa Brent mentah didagangkan pada AS$82.44 setong pada 10.43 pagi waktu tempatan (0743 GMT), jatuh 0.37 peratus daripada harga penutupan AS$82.75 setong dalam sesi dagangan sebelumnya.
Penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$78.19 setong pada masa yang sama, turun 0.55 peratus daripada sesi sebelumnya yang ditutup pada AS$78.62 setong.
Keputusan Fed untuk mengekalkan pendirian polisi monetari agresif dalam menghadapi inflasi yang perlahan menyebabkan persepsi risiko yang kuat, yang seterusnya membawa kepada penurunan harga minyak.
Bank pusat itu mengumumkan bahawa ia tidak akan mengubah kadar dasarnya selaras dengan jangkaan tetapi akan mengekalkan kadar dalam julat antara 5.25 peratus dan 5.50 peratus.
Keputusan ini menyokong dolar AS yang lebih kuat berbanding mata wang lain, mengurangkan permintaan minyak dan menyokong penurunan harga.
Indeks dolar AS, yang mengukur nilai dolar AS berbanding mata wang lain, meningkat sebanyak 0.24 peratus kepada 105.44 pada jam 10.17 pagi waktu tempatan (0717 GMT).
Walaupun dalam tempoh musim panas apabila permintaan minyak biasanya tinggi, data yang menunjukkan peningkatan dalam inventori minyak mentah AS minggu lepas menimbulkan kebimbangan permintaan.
Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) mengumumkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus, bersamaan dengan 3.7 juta tong, dalam inventori minyak mentah komersial AS sepanjang minggu yang berakhir pada 7 Jun.
Selain itu, usaha untuk melaksanakan gencatan senjata di Timur Tengah, yang merupakan pusat kepada majoriti besar rizab minyak global, terus memberi kesan kepada harga minyak.
Bercakap pada Khamis, Presiden Joe Biden menyatakan bahawa AS akan terus mendesak untuk gencatan senjata yang telah beliau umumkan bagi serangan yang telah meragut nyawa lebih 37,000 orang di Semenanjung Gaza.
Biden mengesahkan bahawa pemimpin di sidang kemuncak G7 di Itali telah membincangkan gencatan senjata tetapi mengakui bahawa beliau tidak yakin tetapi berharap ia dapat dicapai. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Penanda aras antarabangsa Brent mentah didagangkan pada AS$82.44 setong pada 10.43 pagi waktu tempatan (0743 GMT). - Gambar hiasan
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.