awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga telur naik, JD Vance kritik pentadbiran Biden-Harris

Agensi
Agensi
22/09/2024
09:02 MYT
Harga telur naik, JD Vance kritik pentadbiran Biden-Harris
Calon naib presiden parti Republikan, JD Vance, mengkritik pengendalian ekonomi di bawah pentadbiran Biden-Harris dalam lawatan ke sebuah kedai runcit di Pennsylvania bersama anak-anaknya pada Sabtu. - Reuters
PENNSYLVANIA: Calon naib presiden parti Republikan, JD Vance, mengkritik pengendalian ekonomi di bawah pentadbiran Biden-Harris dalam lawatan ke sebuah kedai runcit di Pennsylvania bersama anak-anaknya pada Sabtu.
Sambil memegang bekas telur, Vance mendakwa harga sedozen telur adalah sekitar AS$1.50 (RM6.30) sebelum Harris mengambil jawatan dan kini berharga AS$4 (RM16.80).
Menurut data terkini dari Biro Statistik Buruh, harga sedozen telur menghampiri AS$3 (RM12.60) pada bulan Julai.
Tinjauan The New York Times, The Philadelphia Inquirer dan Siena College di Pennsylvania iaitu di salah satu daripada negeri dengan persaingan sengit, Harris mengekalkan kelebihan 4 mata, mendahului 50 peratus berbanding 46 peratus dengan margin ralat tambah atau tolak 3.8 mata peratus.
Manakala tinjauan berasingan oleh The Washington Post melaporkan tentang persaingan sengit antara calon-calon di negeri tersebut, yang dianggap berpotensi menentukan keputusan pilihan raya November ini, bersama dengan Arizona, Georgia, Michigan, Nevada, North Carolina dan Wisconsin.
Antara 1,003 pengundi berpotensi dan berdaftar di Pennsylvania dalam survei yang dilakukan pada 12 hingga 16 September, 48 peratus akan mengundi Harris, manakala 47 peratus menyatakan akan memilih Trump.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Joe Biden
#JD Vance
#harga telur naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan