Berapa agaknya jumlah media di Indonesia, negara berpenduduk lebih 260 juta orang itu? 47,000 media!
Anggota Dewan Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Asro Kamal Rokan berkata jumlah itu menjadikan Indonesia sebagai negara paling banyak jumlah media di dunia.
Asro berkata sebanyak 47,000 media direkodkan setakat ini dan 44,300 daripadanya adalah media dalam talian yang pesat bercambah di seluruh wilayah dan pelusuk Indonesia.
Bagaimanapun, daripada 44,300 media dalam talian itu, hanya 2,000 sahaja yang berdaftar dengan PWI dan Dewan Pers Indonesia, kata Asro yang juga bekas Pemimpin Umum agensi berita ANTARA.
Industri media di Indonesia bermula pada 1937 menerusi penubuhan agensi berita ANTARA pada 13 Dis 1937, dan media di negara jajahan Belanda itu terus berkembang dan bercambah dalam menyalurkan aspirasi rakyat membangkitkan perjuangan kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan.
Simbolik kepada penghargaan itu, tanggal 9 Feb diumumkan sebagai Hari Pers Nasional (HPN) oleh Presiden Indonesia ketika itu, Presiden Soeharto pada 1985.
Menurut laman web rasmi HPN, sambutan yang didukung komponen media dan pemerintah itu diadakan secara bergantian di kota-kota di Indonesia, bagi membolehkan para peneraju media massa berhimpun dan membentangkan pelbagai usul berkaitan kepentingan mereka dan negara, selain turut diadakan pameran, konvensyen, majlis anugerah, program bakti sosial dan program hiburan.
Bagi 2018, HPN diadakan di Padang, Sumatera Barat, menghimpunkan lebih 6,000 para pengamal media dari seluruh Indonesia yang dijadual dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo.
HPN 2018 dianjurkan bersama pengamal media di Indonesia yang terdiri daripada PWI, Dewan Pers Indonesia, Serikat Penerbit Surat Kabar (SPS), Asosiasi Televisi Swasta Indonesia (ATVSI), Asosiasi Televisi Lokal Indonesia (ATVLI), Persatuan Radio Siaran Swasta Nasional Indonesia (PRSSNI), dan Persatuan Perusahaan Periklanan Indonesia (PPPI).
Peneraju media Malaysia menerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang diterajui Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, turut diundang ke sambutan HPN itu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut diundang ke HPN 2018. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 07 2018
Indonesia merupakan negara yang paling banyak jumlah media di dunia. - Gambar hiasan
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Apabila Jokowi menjadi wartawan...
Ketika berucap pada majlis perasmian Hari Pers Nasional (HPN 2018) Indonesia, seperti kebiasaannya, beliau menjemput orang ramai untuk berinteraksi dengannya di pentas.
Hari Pers Indonesia 2018 himpun 6,000 pengamal media
Dengan 47,000 pengamal media, Indonesia merupakan negara yang paling banyak jumlah media di dunia.