awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter bawa Ketua Turus Pertahanan terhempas

Agensi
Agensi
08/12/2021
08:40 MYT
Helikopter bawa Ketua Turus Pertahanan terhempas
Media melaporkan, Panglima Angkatan Tentera India, Jeneral Bipin Rawat antara 14 individu yang menaiki helikopter tersebut. - Foto Twitter @karthickselvaa
SEBUAH helikopter tentera India dilapor terhempas di daerah Nilgris dekat Tamil Nadu, India sekitar jam 12.20 tengah hari waktu tempatan.
Memetik laporan portal NDTV, pihak polis tempatan memaklumkan bahawa individu yang terselamat dikhuatiri mengalami cedera parah.
Tentera Udara India mengesahkan Ketua Turus Angkatan Tentera negara itu, Jeneral Bipin Rawat antara 14 individu yang dipercayai menaiki helikopter tersebut.
"Helikopter IAF Mi-17V5 berkenaan bersama Jeneral Bipin mengalami kemalangan hari ini berdekatan Tamil Nadu. Arahan untuk siasatan telah dikeluarkan untuk mencari punca nahas," kata Tentera Udara India dalam satu kenyataan, hari ini.
An IAF Mi-17V5 helicopter, with CDS Gen Bipin Rawat on board, met with an accident today near Coonoor, Tamil Nadu. An Inquiry has been ordered to ascertain the cause of the accident.
— Indian Air Force (@IAF_MCC) December 8, 2021
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi dilaporkan telah memanggil mesyuarat tergempar Kabinet susulan nahas tersebut.
Turut dilaporkan berada dalam helikopter tersebut adalah isteri Rawat.
Ketua Pengarang Puthiyathalaimurai TV, S. Karthigaichelvan turut berkongsi video nahas tersebut.
An Army #Helicopter crash near Upper Coonoor #TheNilgiris #TamilNadu ...Local police say chopper was carrying a senior Army officer.... Cause of crash under investigation. pic.twitter.com/xoKYPiqYPP
— Karthigaichelvan S (@karthickselvaa) December 8, 2021
Ketika ini, hanya tiga individu yang berjaya ditemui.
Mereka yang cedera dibawa ke pangkalan tentera Wellington di daerah tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan pada ketika ini.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Panglima Tentera India
#nahas helikopter
#mangsa helikopter terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan