Skip to main content
Advertisement

Dunia

Hezbollah dakwa lepaskan roket ke arah pangkalan Israel

Satu serangan Israel tercetus di selatan Beirut pada Rabu, susulan peningkatan ketegangan antara Hezbollah dan Israel di tengah konflik Amerika Syarikat–Israel dengan Iran. - Gambar Reuters

TEL AVIV: Hezbollah mendakwa, pasukan pejuang itu telah melancarkan roket ke beberapa lokasi ketenteraan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan.

Dalam beberapa kenyataan berturut-turut, kumpulan itu berkata, ia menyasarkan Ami’ad dan pangkalan Samson di Israel.

Menurut kenyataan itu, ibu pejabat Komando Utara tentera Israel serta pangkalan Ein Zeitim berhampiran Safad turut menjadi sasaran.

Hezbollah menambah, ia turut melepaskan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera laut Haifa dan pangkalan udara Carmel di bandar Haifa, Israel. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement