JAKARTA: Tentera Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Indonesia (HLC-Malindo) bagi mencari penyelesaian dalam urusan berkaitan sempadan negara.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Laksamana Yudo Margono mengetuai mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Antara agenda perbincangan adalah mengenai Kumpulan Kerja Ekonomi Sosial (KK SOSEK) yang bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama sosial dan ekonomi, menurut Kementerian Dalam Negeri Indonesia.
Safrizal ZA yang mengetuai KK SOSEK Indonesia, memuji kemajuan yang dicapai tahun lepas oleh jawatankuasa itu melalui kerjasama Malindo SOSEK.
Beliau menekankan mengenai pentingnya usaha untuk menggalakkan perdagangan rentas sempadan bagi pertumbuhan ekonomi dan mencegah penyeludupan barangan terlarang, sambil menekankan mengenai strategi komunikasi dan kerjasama yang berkesan untuk mencegah kejadian tidak diingini di sepanjang sempadan.
"HLC-Malindo memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.
Safrizal juga menekankan mengenai kepentingan strategik pembangunan wilayah di kawasan sempadan, dengan pendekatan keselamatan dan kebajikannya saling berkait.
Wakil daripada SOSEK Malaysia juga menyatakan hasil positif yang dicapai, termasuk kejayaan di wilayah seperti Sarawak-Kalimantan Barat, Sabah-Kalimantan Utara, Wilayah Johor-Kepulauan Riau dan sekretariat bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Laksamana Yudo Margono mengetuai mesyuarat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. - Gambar/ ATM
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
HLC Malindo: Tentera Malaysia, Indonesia bincang penyelesaian urusan sempadan
Tentera Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Indonesia (HLC-Malindo) bagi mencari penyelesaian dalam urusan berkaitan sempadan negara.