GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan terkini Israel.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dalam hantarannya di laman X bahawa satu pasukan daripada WHO dan rakan kongsi melawat Al-Shifa untuk menilai keadaan di hospital itu selepas tentera Israel menamatkan kepungan dan serangan selama dua minggu ke atas kemudahan itu yang mengakibat kemusnahan besar dan kematian pesakit dan staf perubatan.
"@WHO dan rakan kongsi berjaya sampai ke Al-Shifa - satu ketika dahulu merupakan tulang belakang sistem kesihatan di #Gaza, yang kini umpama sebuah cengkerang kosong dengan pusara manusia selepas kepungan dan serangan terkini. Pasukan itu menyaksikan sekurang-kurangnya lima mayat semasa lawatan itu," kata Ghebreyesus.
"Kebanyakan daripada bangunan di kompleks hospital itu musnah dan majoriti daripada asetnya rosak atau musnah menjadi abu. Malah untuk memulihkan fungsi minimum hospital itu dalam jangka masa pendek adalah mustahil," katanya.
Beliau menekankan keperluan melakukan satu penilaian mendalam oleh sepasukan jurutera untuk memastikan sama ada bangunan yang tinggal selamat untuk kegunaan akan datang.
Misi yang diketuai WHO akhirnya dapat memasuki hospital itu pada Jumaat selepas pelbagai usaha gagal sejak 25 Mac lepas.
Beliau berkata usaha terbaharu WHO dan rakan-rakan kongsi lain untuk menghidupkan kembali perkhidmatan asas di Hospital Al-Shifa kini terhenti dan penduduk di sana sekali lagi tidak dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dan untuk menyelamatkan nyawa.
Menurut WHO, daripada 36 hospital utama di Gaza, hanya 10 yang tinggal dan tidak berfungsi sepenuhnya.
Ghebreyesus berkata tindakan segera diperlukan di Gaza memandangkan peningkatan kebuluran, penularan penyakit dan kecederaan trauma dalam kalangan penduduk Gaza yang terperangkap.
Beliau menyeru kepada perlindungan kepada kemudahan kesihatan yang tinggal di Gaza, pekerja perubatan dan bantuan kemanusiaan selain daripada membuka laluan tambahan bagi memudahkan akses ke utara Gaza.
Beliau juga menyeru kepada sebuah mekanisme penyelesaian konflik, tiada halangan kepada bantuan kemanusiaan ke seluruh Semenanjung Gaza dan satu gencatan senjata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Satu pasukan daripada WHO dan rakan kongsi melawat Al-Shifa untuk menilai keadaan di hospital itu selepas tentera Israel menamatkan kepungan dan serangan selama dua minggu ke atas kemudahan itu. - Foto Reuters
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Pakar WHO akan bantu tangani kusta di Sri Lanka
Daripada keseluruhan 1,550 pesakit, wilayah barat yang paling ramai penduduk di Sri Lanka, merekodkan 599 kes.
Nasib 600 pesakit, petugas Hospital Al-Aqsa tidak diketahui - WHO
Pesakit dan pekerja kesihatan itu terpaksa dipindahkan berikutan pertempuran yang berterusan dan perintah berpindah oleh rejim Israel namun lokasi mereka masih tidak dapat dipastikan.
Gaza: WHO beri amaran risiko penyakit berjangkit merebak ketika konflik berlanjutan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semenanjung Gaza: Tempat paling tidak selamat bagi kanak-kanak di dunia
Lebih 40 peratus daripada 7,028 rakyat Palestin yang maut dalam konflik sejak 7 Oktober lalu adalah kanak-kanak, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Agong zahir ucapan tahniah kepada Dr Adeeba dan Helen Selvanathan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2023.