awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2023
15:47 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 November 2023.
1. Serangan Israel mengorbankan 509 penduduk Palestin di hospital - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di wilayah Palestin yang diduduki mengakibatkan kematian 509 penduduk Palestin, termasuk pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan, selain mencederakan 447 yang lain.
2. Sekurang-kurangnya 40,000 jadi mangsa perang di Gaza
Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.
3. Konvoi kemanusiaan di Gaza jadi mangsa serangan - ICRC
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa berkata konvoi kemanusiaannya ditembak di Bandar Gaza.
4. APEC 2023: Malaysia akan laksana tanggungjawab suarakan isu Palestin - Anwar
Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam menyuarakan pandangan berhubung krisis Palestin-Israel pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
5. 3 anak yatim Palestin ditaja rakyat Malaysia terkorban dalam serangan Zionis
Tiga anak yatim Palestin yang ditaja rakyat Malaysia dikhabarkan telah pergi buat selamanya selepas terkorban dalam serangan Zionis ke atas Gaza semalam.
6. Kebanyakan hospital, pusat kesihatan di Gaza hampir lumpuh
Ketika serangan Israel ke atas Gaza memasuki sebulan, kebanyakan hospital dan pusat penjagaan kesihatan terpaksa menutup operasi disebabkan dibom atau akibat kekurangan bahan api dan bekalan perubatan.
7. Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan
Israel melancarkan beberapa siri serangan udara pada Selasa malam ke atas beberapa bandar dan kawasan di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
8. Gangguan talian, 10 juta pengguna telefon, internet di Australia terjejas
Gangguan rangkaian Optus, penyedia khidmat telefon bimbit kedua terbesar di Australia, melumpuhkan perkhidmatan telefon dan internet bagi lebih 10 juta orang pada Rabu, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
9. Gempa bumi dengan magnitud 7.2 landa wilayah Maluku Indonesia
Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda wilayah Maluku, Indonesia pada Rabu, menurut agensi geofizik (BMKG) negara itu.
10. Berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga hampir AS$44 juta di Geneva
Sebutir berlian biru yang jarang ditemui dijual pada harga 39.5 juta franc Swiss (AS$43.8 juta) pada lelongan Christie's di Geneva pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Palestin
#berita pilihan
#berita antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan