HOSPITAL bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di pantai timur negara, Byron Bay.
Hospital yang dibina di atas treler sepanjang 16 meter (52.5 kaki) itu dikhaskan sebagai pusat pemulihan dan rawatan haiwan liar yang terjejas akibat krisis alam sekitar dan hidupan liar di Australia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Hidupan Liar Byron Bay, Dr Stephen Van Mil, pembinaan hospital yang dimulakan pada tahun 2018 itu telah dihentikan sementara susulan bencana kebakaran hutan yang melanda negara pada musim panas tahun lalu.
“Ia sangat menyayat hati melihat puluhan koala yang tercedera, duduk di dalam bakul baju sambil menunggu untuk dirawat dan dijaga,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Reuters.
Malapetaka itu telah membunuh sekurang-kurangnya 5,000 koala dan memusnahkan 24 peratus habitat hidupan liar.
Oleh sebab usaha oleh kempen pembiayaan orang ramai, pendermaan dan bantuan kumpulan konsevatif, hopital bergerak dibina dengan kos ASD700,000 (RM2.85 juta).
Kenderaan itu dilengkapi dengan alat-alat veterinar termasuk mesen ultrasound, X-ray, tempat simpan air, satelit dan tenaga solar.
Dalam pada itu, kebaikan hospital bergerak adalah kerana mudah merawat haiwan yang mungkin berada di mana-mana pelusuk negara dengan segera, kata pakar hidupan liar Dr Bree Talbot.
“Bekerja di hospital bergerak bermaksud saya boleh membantu haiwan-haiwan tercedera dengan segera. Saya boleh sampai di lokasi dan beri rawatan dan ubatan yang diperlukan, sekali gus membolehkan ia dilepaskan ke hutan semula,” katanya.
Saraya Mia
Thu Nov 26 2020

Seekor daripada koala yang diselamatkan dari kebakaran hutan di Kangaroo Island, Australia Selatan, 5 Jan, 2020. - Gambar fail AP

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.
Harvard saman pentadbiran Trump
Universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat (AS), Harvard memfailkan saman ke atas pentadbiran Presiden AS, Donald Trump kerana membantah ugutan Trump mahu memotong dana berjumlah berbilion dolar diperuntukkan untuk pusat penyelidikan institusi terkemuka tersebut.

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan terus ke Brisbane bermula November
Malaysia Airlines Bhd mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane, ibu negeri Queensland, Australia mulai 29 Nov ini.

Amaran kesihatan wabak Legionnaires dikeluarkan di pusat bandar Sydney
Pihak berkuasa kesihatan negeri New South Wales, Australia mengeluarkan amaran kesihatan awam berhubung penyakit Legionnaires di pusat bandar Sydney.

Mark Milligan sah tinggalkan Harimau Malaya selepas dua bulan dilantik
Sebelum ini, Mark Milligan dilapor kembali ke negara kelahirannya untuk bergabung dengan Newcastle Jets, menjelang musim baru kelak.

Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur minum alkohol sebelum kejadian
Seorang lelaki warga Jordan berusia 46 tahun didakwa pada Ahad kerana didakwa cuba membuka pintu sebuah pesawat dalam penerbangan ke Sydney serta menyerang seorang anak kapal.

Lelaki ditahan, cuba buka pintu pesawat semasa penerbangan dari Malaysia
Seorang warga Jordan ditahan dan didakwa kerana membahayakan keselamatan penerbangan dari Malaysia ke Sydney serta menyerang seorang kru kabin.

Majoriti ibu bapa Australia gesa pemasaran makanan tidak sihat kanak-kanak dikekang
Pakar kesihatan awam menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengiklanan makanan tidak sihat yang menyasarkan kanak-kanak.

PM Australia dijangka umum pilihan raya persekutuan pada 3 Mei: Media
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya persekutuan pada 3 Mei.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Baru aksi pertama, #KluivertOut kini trending
Tiga gol dalam separuh masa pertama yang dihasilkan oleh The Socceroos memberikan langkah kanan buat tuan rumah.

Pegawai perbendaharaan ditemui meninggal dunia di Pejabat Kementerian Kewangan
Hasil pemeriksaan awal tiada unsur jenayah dijumpai, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).