awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi

Bernama
Bernama
03/12/2023
05:56 MYT
Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi
Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE. -FB Emirates News Agency
GAZA/DUBAI: Hospital medan bersepadu Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Gaza mula menyediakan perkhidmatan rawatan kepada penduduk Semenanjung Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kemudahan itu adalah sebahagian daripada usaha UAE di bawah misi kemanusiaan 'Gallant Knight 3' yang bertujuan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin selain menyokong sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza.
Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.
Selain itu, hospital berkenaan turut mempunyai unit rawatan rapi untuk orang dewasa dan kanak-kanak, jabatan anestesia dan klinik khusus, termasuk perubatan dalaman, pergigian, ortopedik, psikiatri, perubatan keluarga, pediatrik dan ginekologi.
Turut ditawarkan kemudahan imbasan CT, makmal, farmasi dan pelbagai perkhidmatan sokongan perubatan.
Kakitangan perubatan yang bertugas, termasuk tenaga terlatih dan berkelayakan dalam pelbagai bidang perubatan selain daripada sukarelawan perubatan.
Sementara itu, kumpulan keempat kanak-kanak Palestin yang cedera dan pesakit kanser tiba di UAE, selaras dengan arahan Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish Mesir, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, membawa 77 kanak-kanak yang sangat memerlukan bantuan perubatan, diiringi 43 ahli keluarga mereka.
Inisiatif itu bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan untuk 1,000 kanak-kanak yang cedera dan 1,000 pesakit kanser dari Semenanjung Gaza di hospital di UAE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hospital Medan
#UAE
#unit rawatan rapi
#Gallant Knight 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan