Awal Muharam bagi jutaan penduduk di Gaza, Palestin nampaknya tidaklah sama seperti penduduk di negara lain.
Seorang pengguna Twitter, Khaled Beydoun berkongsi sekeping gambar menunjukkan langit di kawasan itu diterangi letupan daripada roket dilancarkan Israel yang dikatakan kini sedang berperang dengan Hamas.
“Ini diambil beberapa jam lepas di Gaza. Dua juta rakyat tidak bersalah kini dalam bahaya ketika Israel sedang berperang dengan Hamas,” ciapnya.
Ciapan itu mendapat respons warganet yang kebanyakannya mendoakan kesejahteraan penduduk di sana dan berharap tiada perkara tidak diingini berlaku kepada rakyat Gaza.
Sementara itu, Arab News melaporkan tentera Israel menyatakan pesawat perang dari negara itu mengebom Gaza yang diperintah Hamas susulan tindakan Palestin yang melancarkan roket ke Selatan Israel.
Pihak berkuasa Mesir pula cuba bertindak untuk meredakan ketegangan itu yang menyaksikan sejak seminggu lepas, Israel dan Hamas saling berbalas serangan pada setiap malam.
“Malam ini, satu roket dilancarkan dan pada siangnya, situasi hampir sama juga berlaku,” menurut kenyataan daripada tentera Mesir yang dikeluarkan pada Khamis malam.
Menurut kenyataan itu lagi, dalam serangan tersebut, sebuah markas tentera milik Hamas telah diserang.
“Begitupun tiada laporan mendakwa ada rakyat Gaza terkorban dalam insiden itu,” kata kenyataan itu lagi.
Presiden Israel, Reuven Rivlin sebelum itu memberi amaran kepada Hamas yang menegaskan tindakan Hamas adalah satu bentuk keganasan.
“Hamas patut tahu bahawa ini bukanlah perkara main-main. Akan tiba masanya nanti mereka harus memutuskan… Kalau mereka mahukan perang, mereka akan dapat perang,” katanya.
Untuk rekod, Israel dan Hamas sudah bertempur dalam tiga perang sejak 2008 lagi dan sehingga kini belum nampak tanda-tanda ia akan berakhir.
Astro Awani
Fri Aug 21 2020
Pengguna Twitter, Khaled Beydoun berkongsi gambar menunjukkan langit di Gaza diterangi letupan daripada roket dilancarkan Israel yang dikatakan kini sedang berperang dengan Hamas. - Gambar Twitter
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.