SANAA: Hujan lebat yang melanda Hodeidah di wilayah barat Yaman pada minggu lepas menyebabkan kem perlindungan yang menempatkan lebih 900 pelarian mengalami kerosakan, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) pada Isnin.
Dalam catatan di platform media sosial X, IOM berkata pertubuhan itu telah memberi bantuan kecemasan kepada lebih 135 keluarga dan sedang membantu 125 keluarga lagi untuk membaiki rumah mereka yang rosak.
Menurut angka IOM, sejumlah 4,311 keluarga atau 25,866 individu telah dipindahkan dari 1 Januari hingga 16 Sept tahun ini ke pelbagai kem penempatan.
Dalam laporan baru-baru ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahaya bencana alam semula jadi yang berkaitan perubahan iklim telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.
PBB berkata cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk, lapor Xinhua.
Yaman dibelenggu perang saudara sejak akhir 2014 apabila puak Houthi yang disokong Iran, menguasai beberapa wilayah utara.
Peperangan yang berterusan telah menyebabkan kematian berpuluh ribu orang, manakala empat juta rakyat hilang tempat tinggal.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk. - Foto Twitter/UNHCR Yemen
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

Banjir kilat di Perak akibat taburan hujan luar biasa
Punca banjir kilat yang berlaku di sekitar Perak baru-baru ini adalah lebih kepada taburan hujan yang sangat lebat ataupun luar biasa.

Banjir landa dua kampung di Limbang, 62 keluarga terjejas
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di kawasan pedalaman Sarawak.

Banjir kilat jejaskan penduduk Baling
Sebanyak empat buah kampung di sini dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan cuaca buruk sejak Khamis.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Kerian, LMS dinaiki air
Hujan lebat selama lebih tiga jam pagi tadi telah menyebabkan beberapa buah kawasan di daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama (LMS) dilanda banjir kilat.

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Sepang
Beberapa kawasan di Sepang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula kira-kira 1 tengah hari, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan terjejas.

Ribut: 10 pokok tumbang sekitar ibu negara
Sebanyak 10 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara, akibat hujan lebat, petang Selasa.

Hujan lebat di Yaman rosakkan kem perlindungan pelarian
Cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk.

Banjir kilat Raub, 28 penduduk dipindahkan ke PPS
Semua mangsa kini berada di PPS Dewan Simpang Kallang yang dibuka kira-kira jam 11.30 malam.

Bandar Raub dilanda banjir kilat
Hujan lebat bermula kira-kira jam 8.40 malam menyebabkan air takungan longkang melimpah.

29 rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat di Tambun
Menurut jurucakap PKOD APM Daerah Kinta, lokasi yang terjejas ialah Taman Indah, Taman Putra Indah dan Bandar Baru Putra.