Hujan lebat jejas selatan California, cetus risiko banjir dan tanah runtuh

Sebuah kenderaan merentasi jalan raya yang dinaiki air di Pasadena, California. - Foto AP
LOS ANGELES: Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan sekitar Los Angeles pada Sabtu apabila hujan lebat dan angin kencang melanda selatan California.
Ringkasan AI
- Hujan lebat dan angin kencang melanda selatan California, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan sekitar Los Angeles.
- Penduduk di kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan pada Januari lalu digesa untuk berwaspada dan berpindah sekiranya berlaku kecemasan.
- Banjir lumpur yang turut berlaku selepas hujan lebat pada 2018 di Santa Barbara menyebabkan musnahnya ratusan rumah dan lebih 20 nyawa serta kebakaran utama di Los Angeles pada awal tahun ini meragut sekurang-kurangnya 31 nyawa.
Perbandaran Santa Monica menasihatkan orang ramai mengelakkan perjalanan tidak penting dan tidak menggunakan jalan yang ditenggelami air dalam apa jua keadaan.
Beberapa sungai dan anak sungai di California dilaporkan melimpah, manakala beberapa jalan di kawasan paling terjejas terpaksa ditutup.
Hujan lebat boleh menjadi lebih berbahaya selepas kebakaran hutan apabila tanah menjadi gondol.
Pada 2018, kebakaran hutan di kawasan Santa Barbara disusuli hujan lebat yang mencetuskan banjir lumpur, memusnahkan ratusan rumah dan meragut lebih 20 nyawa.
Dua kebakaran utama pula memusnahkan lebih 16,000 bangunan di Los Angeles pada awal tahun ini.
Pasukan bomba mengambil masa beberapa minggu untuk mengawal kebakaran itu, yang meragut sekurang-kurangnya 31 nyawa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


