BUDAPEST: Parlimen Hungary menerima pakai pakej undang-undang yang bertujuan melindungi kedaulatan negara daripada pengaruh luar di sini pada Selasa.

Rang undang-undang itu memperkenalkan penubuhan Pejabat Perlindungan Kedaulatan dan menguatkuasa hukuman bagi sebarang pelanggaran larangan membabitkan pembiayaan kempen asing, lapor Xinhua.

Undang-undang diluluskan menerusi 140 undi menyokong manakala 50 menentang, meletakkan kepercayaan terhadap Pejabat Perlindungan Kedaulatan menyusun laporan tahunan bagi meneliti organisasi yang mungkin memanfaatkan pembiayaan asing dan mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Tindakan itu dibuat sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang dibangkitkan mengenai eksploitasi dana asing dalam pilihan raya sebelum ini.

-- BERNAMA